Categories: SelebritiTrending

Tular Video Makan Bersama, Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle Jadi Persoalan… Ini Penjelasan Mimi Lana

Status hubungan pasangan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet apabila tular sebuah video yang memaparkan mereka keluar bersama ke sebuah restoran baru-baru ini.

Susulan itu, memetik laporan Gempak, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 28, tampil memberi penjelasan.

Kata Mimi, hubungannya dengan Syafiq dalam keadaan baik namun masing-masing membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada kerjaya.

Malah, video makan bersama yang tular tersebut adalah ketika mereka menghadiri ke sebuah acara baru- baru ini.

“Saya dan Syafiq dalam keadaan baik tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya.

“Saya dan Syafiq… macam itulah. Kita keluar makan selepas kita menghadiri majlis malam gala filem War On Terror: KL Anarki. So, selepas itu kita pergi makan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mimi juga sempat mengulas mengenai hantaran sedih yang dimuat naiknya sebelum ini berkenaan putus cinta.

“Posting adalah tentang general. Bila putus cinta benda tu memang sakit. So, saya seorang yang suka menulis daripada dulu lagi. Cuma sometimes, saya hanya ingin berkongsi with everyone tentang rasa putus cinta.

“Because I have been through that. Saya rasa apa yang saya cakap tu mungkin sedikit sebanyak boleh bantu orang di luar sana yang berdepan dengan situasi yang sama,” ulasnya kepada wartawan Gempak.

Untuk makluman, Mimi dan Syafiq sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu namun membatalkan perkahwinan mereka itu seminggu sebelum majlis mengejutkan ramai pihak.

Artikel Berkaitan: Individu Tular Foto Bersama… Netizen Dakwa Mimi Lana, Syafiq Kyle Get Back? – “Mungkin Mereka Tak Putus Pun Sebenarnya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kenapa Semua Orang Tanya Pasal Brownies Ni?” – Live Di TikTok Sempena Birthday, Mimi Lana Beri ‘Hint’ Sudah Berbaik Dengan Syafiq Kyle?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Enggan Ulas Lanjut Isu Tak Jadi Kahwin Dengan Mimi Lana, 8 Kali Syafiq Kyle Beri Jawapan Sama – “Sorry, Soalan Lain?”

Sumber: Gempak

Atiqah Johari