Ramai Dakwa Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?

Pelakon, Sweet Qismina menjadi sebutan ramai selepas sebuah foto seakan memaparkan dirinyq sedang mengandung.

Ia menerusi sebuah perkongsian dimuat naik oleh penyampai radio Shuib ketika menghadiri majlis resepsi pasangan MK K-Clique dan isterinya, Siti Hajar.

Menerusi hantaran tersebut, Shuib dan tunangnya, Watie Hanifiah mengambil gambar bersama Sweet dan suaminya, Adam Lee.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tertumpu kepada Sweet sama ada aktres drama Malam Zulaikha ini hamil kerana seperti ada ‘baby bump’.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian XTRA, sehingga kini Sweet tidak memberi sebarang respons terhadap komen-komen tersebut serta dakwaan dia sedang hamil masih menjadi teka-teki ramai.

Aqilah Paharuzi