Ramai Minta Najwa Latif Buat Konsert Solo, Tuan Badan Beri Respons – “Saya Belum Rasa Layak…”

Siapa sahaja tidak mengenali penyanyi Najwa Latif yang pernah mencipta fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dahulu.

Single pertama berjudul Cinta Muka Buku menjadi taruhan buat anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini sehingga menjadi siulan ramai dan hits di corong radio.

12 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, jenama Najwa Latif atau lebih mesra disapa Wawa itu sentiasa meniti di bibir peminat dan warga maya.

Manakan tidak, sebut sahaja lagu-lagu nyanyiannya, pasti ramai yang tahu malah karya-karya yang dihasilkan bersama kakaknya itu sentiasa mendapat tempat di hati pendengar.

Baru-baru ini, nama Najwa sekali lagi menjadi bualan warganet apabila beberapa video nyanyiannya tular.

Rata-rata seolah mahukan penyanyi ini membuat sebuah konsert solo ataupun ‘showcase’ kepada peminatnya.

Tidak berdiam diri, empunya badan tampil memberi jawapan kepada persoalan ramai itu.

Menurut pelantun lagu hits Kosong ini, dia merasakan dirinya tidak layak untuk mengadakan sebuah konsert atau showcase.

“Kepada yang sudi, thank you for growing up with me and appreciating the songs Kak Ika wrote for me.

“Pasal concert ke showcase ke, Wawa belum rasa layak atau mungkin tak pernah layak pun,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah Najwa, dia berharap semua dapat doakan perjalanannya dalam menyambung pelajaran.

“But doakan Wawa habis belajar eh? Kalau ada rezeki kita jumpa dekat event mana-mana, I’ll see you when I see you. Thank you tau bagi potato ni rasa special,” tulisnya.

Najwa mencipta fenomena suatu ketika dahulu apabila tampil dengan single pertama berjudul Cinta Muka Buku yang sekali gus mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).

Najwa selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap, Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Najwa Latif Perform Lagu Kosong, Netizen Imbau Kenangan Sekolah – “Zaman Artis Bakat Dari YouTube”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kenapa Kita Tersenyum Ni” – Nyanyi Bersama, Najwa Latif & Akwa Arifin Buat Peminat Tak Keruan…Sweetnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Najwa Latif, Akwa Arifin Buat Vlog Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama

Khairil Khusyairi