Categories: TipsTrending

Perempuan Tak Tahu Siang Ikan? Tak Perlu Malu! Jom Baca 5 Tips Mudah Cara Siang Ikan Cencaru Dalam Masa 5 Minit Je!

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua orang pengacara wanita tidak tahu untuk siang ikan ketika siaran langsung sebuah program televisyen.

Oleh itu, isu ini menjadi perbahasan di media sosial apabila warganet mula mempersoalkan kemampuan sebagai seorang wanita dalam menyiang ikan dan menganggap wanita hari ini tidak seperti wanita dulu?

Tapi, perkara ini tak patut pun jadi isu besar sebab zaman ini semuanya mudah. Banyak dah kedai yang menjual ikan dan menyediakan perkhidmatan siang ikan contohnya di pasar pagi atau pasar malam.

Kita request je nak belah berapa, buang apa… dah alang-alang diberikan kemudahan tu kita gunakan sebaik mungkin.

Walaubagaimanapun, tugas di dapur tak semestinya menjadi tanggungjawab wanita je tau! Lelaki pun boleh mainkan peranan untuk berada di dapur. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Kalau tak tahu siang ikan, tak perlu nak merendahkan mana-mana jantina, kita boleh sama-sama belajar!

Jadi, jom kita belajar 5 tips untuk siang ikan cencaru dalam masa yang singkat!

 

1. Ni tips paling penting tau! Pastikan pisau anda TAJAM!

 

2. Gunakan gunting untuk memotong sirip dan pipi di bahagian tepi.

 

3. Belah atas belakang ikan sampai perut untuk membuang jaketnya dengan berhati-hati (kalau nak bakar, tak perlu buang tau)

 

4. Keluarkan insang dan tarik isi perut semua keluar.

 

5. Cuci sehingga bersih! Taraaa siappp!

Senang je kan… Selamat mencuba!

Kredit: Mami Zana (Youtube) 

Atiqah Johari