Categories: Trending

Dekat Asrama Pun Dah Tak Selamat? Budak 12 Tahun Trauma Diliwat 30 Kali….Siang Di Bilik, Malam Di Tandas

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan telah diliwat sebanyak 30 kali oleh rakan sebilik di sebuah asrama lelaki saudara baharu di Melaka Tengah sepanjang Mei yang lalu.

Menurut kenyataan Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah, mangsa nekad membongkar perbuatan terkutuk itu kepada bapanya pada Sabtu lepas setelah hampir lapan bulan menyimpan rahsia tersebut.

“Mangsa mengatakan suspek mengejutkannya daripada tidur di bilik asrama lelaki sebelum meliwatnya tanpa kerelaan dan mengulangi perbuatan itu keesokannya pada 2 pagi.

“Seterusnya mangsa menyatakan suspek membawanya ke tandas asrama pada 20 Mei kira-kira 9 malam dan menyuruhnya meliwat suspek, kanak-kanak itu terpaksa akur kerana takut.

“Kejadian tidak terhenti di situ, apabila suspek meliwat mangsa dua hari kemudian di dalam tandas premis berkenaan,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, sepanjang di asrama terbabit, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada sesiapa kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Ketika mangsa menceritakan kepada bapanya di rumah mereka, difahamkan suspek turut berada di situ.

Berang dengan perbuatan jijik yang menimpa anaknya, bapa mangsa bertindak memukul suspek sehingga mengalami kecederaan sebelum ditahan polis dari Balai Polis Tanjung Minyak.

“Siasatan awal mendapati mangsa anak kedua daripada tiga beradik dan ibunya adalah pembantu guru mualaf di Melaka.

“Mangsa tinggal di asrama lelaki (saudara baharu) itu sejak April lalu bagi memudahkannya pergi ke sekolah kerana ibunya seorang mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita,” katanya.

Dedahnya lagi, suspek direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie