Pertama Kali Jumpa Ibu Shuib, Watie Hanifiah Imbau Momen Siang Ikan Sampai Termencarut – “Syukur Selamat Diterima Sebagai Menantu”

Isteri pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mengimbau kembali momen ketika awal pertemuan bersama ibu mentuanya, Salamiah Jalani.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie menceritakan kembali satu kejadian lucu saat dia sedang menyiang ikan sepat sehingga membuatkan dirinya tidak sengaja mencarut.

Dek kerana kejadian tersebut, Watie berterus terang kepada ibu Shuib mengenai dirinya yang hanya mengenali beberapa jenis ikan dan tidak tahu kerja-kerja menyiang.

“Kita pun masa mula-mula jumpa ibu mentua tengah siang ikan sepat, ikan tu boleh melompat. Aku siap termencarut lagi.

“Sudahnya kita terus terang je, segala jenis ikan pun kita tak kenal sangat… Jadi siang ikan sepat tu memang tak pernah lah sebab selalu makan ayam ayam dan daging je,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Watie berkata ibu mentuanya itu tidak cepat melatah, sebaliknya sangat bersikap terbuka setelah dia berterus terang tentang perkara berkenaan.

“Terus ibu mentua cakap, ‘tak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat panddai’.. sudahnya semua benda aku cakap aku bodoh.

“Alhamdulillah, selamat dah diterima sebagai menantu,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga bersama Shuib, Watie mengakui banyak mempelajari dan tidak kekok dalam melakukan kerja rumah.

“Tapi lepas kahwin, eh.. semua benda yang tak boleh jadi boleh, semua benda yang tak pandai jadi pandai. Kan kann @shuibsepahtu,” tulisnya.

Watie berkata demikian setelah tular video dua pengacara televisyen kekok ketika menyiang ikan secara langsung dalam program tersebut.

Video tersebut sehingga kini masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat yang mengkritik dua pengacara itu.

Sekadar info, Shuib mendirikan perkahwinan kedua bersama Watie pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah namun arwah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup Allahyarham Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Artikel Berkaitan: “Ada Good News Ke Tu?”-Kongsi Video Sweet, Netizen Dakwa Watie Hanifiah Kini Hamil… Lagu Background Seakan Beri ‘Hint’

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Pakaian Terakhir Arwah Siti Sarah, Watie Hanifiah Dedah Shuib Pernah Marah Pembantu Rumah Gara-Gara…

Artikel Berkaitan: Dituduh Dah Lama ‘Bercinta’ Dengan Shuib, Watie Hanifiah Tunjuk Bukti – “Tanggung La Siapa Yang Fitnah Tu”

Artikel Berkaitan: Dituduh Mandul Gara-Gara Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri, Watie Hanifiah Tempelak Netizen ‘Mulut Puaka’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Vlog Rutin Harian Bangun Seawal Jam 5 Pagi, Ramai ‘Salute’ & Puji Watie Hanifiah Sangat Cekap Jadi Suri Rumah

Aqilah Paharuzi