Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Tips By: Atiqah Johari December 26, 2023 @ 5:37pm

Perempuan Tak Tahu Siang Ikan? Tak Perlu Malu! Jom Baca 5 Tips Mudah Cara Siang Ikan Cencaru Dalam Masa 5 Minit Je!

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua orang pengacara wanita tidak tahu untuk siang ikan ketika siaran langsung sebuah program televisyen.

Oleh itu, isu ini menjadi perbahasan di media sosial apabila warganet mula mempersoalkan kemampuan sebagai seorang wanita dalam menyiang ikan dan menganggap wanita hari ini tidak seperti wanita dulu?

siang ikan

Tapi, perkara ini tak patut pun jadi isu besar sebab zaman ini semuanya mudah. Banyak dah kedai yang menjual ikan dan menyediakan perkhidmatan siang ikan contohnya di pasar pagi atau pasar malam.

Kita request je nak belah berapa, buang apa… dah alang-alang diberikan kemudahan tu kita gunakan sebaik mungkin.

Walaubagaimanapun, tugas di dapur tak semestinya menjadi tanggungjawab wanita je tau! Lelaki pun boleh mainkan peranan untuk berada di dapur. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

siang ikan

Kalau tak tahu siang ikan, tak perlu nak merendahkan mana-mana jantina, kita boleh sama-sama belajar!

Jadi, jom kita belajar 5 tips untuk siang ikan cencaru dalam masa yang singkat!

 

Tips 1 siang ikan1. Ni tips paling penting tau! Pastikan pisau anda TAJAM!

 

Tips 2 ikan siang2. Gunakan gunting untuk memotong sirip dan pipi di bahagian tepi.

 

Tips 3 siang ikan 3. Belah atas belakang ikan sampai perut untuk membuang jaketnya dengan berhati-hati (kalau nak bakar, tak perlu buang tau)

 

Tips 4 siang ikan 4. Keluarkan insang dan tarik isi perut semua keluar.

 

Tips 5 siang ikan 5. Cuci sehingga bersih! Taraaa siappp!

Senang je kan… Selamat mencuba!

Kredit: Mami Zana (Youtube) 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Mon, 25 Feb 2019

这款让人脸红「形状」项链竟在网上卖到缺货!

女子将项链设计成让人「脸红的形状」放上网路,大家竟然抢着要还卖到缺货先关店!

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Mon, 9 Jan 2023

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu – Ibu Syamsul Yusof

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
error: Content is protected !!