“Ramai Pula DM Kita Ingat Kahwin Dengan Pak Arab!” – Lufya Omar

Perkongsian terkini, pelakon Lufya Omar mencuit hati ramai selepas tular sebuah video pasangan pengantin negara Arab yang di mana pengantin perempuan tersebut seakan memiliki wajah sama dengannya.

Menerusi hantaran tersebut, Lufya berkata dia menerima banyak DM yang bertanyakan mengenai ‘suami’ baharunya itu.

“Pelanduk 2 serupa barangkali, Ramai pula direct message (dm) tanya suami baru Arab…. Lol,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti mengusik Lufya dengan mengucapkan tahniah atas ‘perkahwinan’ tersebut.

Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti juga berkata wajah wanita berkenaan amat mirip dengan Lufya.

Dek kerana video tersebut, ramai yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa agar Lufya akan bertemu jodohnya semula.

Sekadar info, Lufya pernah mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Hafiz pada 2016 namun perkahwinan tersebut tidak bertahan dan mereka bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura.

Selepas tiga tahun menduda, Hafiz kemudian berkahwin dengan aktres, Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

Artikel Berkaitan: “Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Artikel Berkaitan: Lama Tak ‘Update’ Anak Di IG, Lufya Omar Maklum Anak Demam Teruk – “2 Minggu Jugak Naik Baik Sampai Kurus”

Artikel Berkaitan: Kena Warning Aib Suami Akan Disebarkan, Julia Farhana Tampil Mohon Maaf Pada Lufya Omar – “Saya Hanya Cakap Pasal…”

Aqilah Paharuzi