Muat Naik Ciapan Label Orang Lain Munafik, Netizen Petik Semula Video Meerqeen Jawab Isu Jumpa Gal Gadot

Pelakon sensasi, Meerqeen, 22, menjadi sebutan ramai di platform media sosial selepas memuat naik status berbaur sindirian di aplikasi X miliknya.

Menerusi ciapan tersebut, aktor drama rantaian popular Melur Untuk Firdaus ini seakan menyindir individu yang berperwatakan munafik namun ditutupi oleh kesopanan mereka.

“Banyak orang munafik terbungkus dalam balutan kesopanan,” tulisnya.

Meskipun tidak memetik nama mana-mana pihak, namun ramai pengikutnya yang tertanya-tanya mengenai hantaran tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu berkongsi tangkapan skrin ayat yang digunakan oleh Meerqeen itu dipercayai milik individu lain.

“Tak habis ayat tu Mey (Meerqeen),” tulis individu berkenaan.

Sementara itu, di ruangan komen ada juga netizen yang berkongsi semula video Meerqeen ketika ditemubual oleh media berhubung isu dirinya bergambar bersama pelakon antarabangsa yang menyokong Israel, Gal Gadot.

Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan seakan membidas semula ciapan Meerqeen menyatakan tentang isu munafik itu.

Bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis ciapan tersebut telah meraih sebanyak 350,000 tontonan.

Artikel Berkaitan: “Puzzle Completed” – Padam Foto Bersama & Ciapan Cetus Tanda Tanya, Anna Jobling Beri ‘Hint’ Hubungan Dengan Meerqeen Goyah?

Artikel Berkaitan: Perjelas Spekulasi Babitkan Gosip Panas Meerqeen, Anna Jobling ‘Malas’ Ambil Kisah – “Bukan Tanggungjawab Saya Untuk Cakap Pasal Dia”

Aqilah Paharuzi