Warganet Sifatkan Tak Sesuai Pakai Baju Tonjol Dada Kerana Baru Balik Umrah, Ruhainies Kena Kecam

Pelakon sensasi Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video pendek tular memperlihatkan dirinya sedang memperagakan baju rekaan pereka fesyen, Shanell Harun.

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, Ruhainies kelihatan memperagakan gaun pendek berona krim dan silver yang dipadankan dengan gincu bibir berwarna merah sambil menggayakan beberapa posing disertai lagu Barbara Pravi berjudul, Voila.

Namun, perkongsian tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila ramai yang menganggap gaun pendek yang digayakan Ruhainies itu kelihatan seksi dek kerana terlalu mendedahkan bahagian dadanya, apatah lagiaktres itu juga difahamkan baru sahaja pulang mengerjakan ibadah umrah pada April lalu.

“Dia ni pakailah apa pun, tetap tak ada aura. Setengah orang  tu make up simple  dan pakai baju murah pun tetap menyerlah.

“Nampak Cheap, memang begini ke lepas balik dari umrah?

“Aduh @shanellharun, I am your big fan tau. Your design terus nampak tak class when u let this cheap woman donning it. Hope in future cari lah artis yang sememangnya high class woman. She is ruining your masterpiece.

“Perasan tak pakai la makeup macam mana pun, touch up dari tangan siapa pun tetap nampak muka dia jahat,” komen netizen.

 

Terdahulu, kontroversi membabitkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah menjadi topik perbualan hangat  selepas Aliff dan Ruhainies ‘kantoi’ ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah milik aktres itu.

Bagaimanapun, Ruhainies dalam kenyataannya kepada Melodi memaklumkan, dia mengaku khilaf dan memohon agar Bella memaafkan dirinya.

Salma Syahbuddin