Siasatan Kes Khalwat Ruhainies & Aliff Aziz Selesai

Susulan kes khalwat membabitkan pasangan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz yang tular sebelum ini, pihak Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan, kes tersebut telahpun selesai.

Katanya, keputusan selanjutnya terletak kepada pihak Jabatan Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

Memetik laporan mStar, kertas siasatan berkenaan telah dihantar kepada JAPENS untuk tindakan lanjut.

“Siasatan sudah selesai dan Jawi memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

“Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, insya-Allah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kebarangkalian untuk kedua-dua artis berkenaan didakwa, dia bagaimanapun menjelaskan, ia bergantung kepada keputusan pihak JAPENS.

“Tarikh selanjutnya tiada tapi ia bergantung kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap,” jelasnya.

Terdahulu, timbul dakwaan kononnya pihak JAWI sengaja melambatkan proses pendakwaan melibtakan kes khalwat kedua-dua artis berkenaan.

Namun, JAWI menegaskan tidak wujud sebarang kompromi berkenaan tangkapan khalwat membabitkan kedua-dua selebriti itu.

Terdahulu, penangkapan kes khalwat membabitkan Ruhainies dan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah milik aktres itu menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

 

Sumber: Mstar

Salma Syahbuddin