‘Ramai Wanita Dalam Hidup Saya’- MK K-Clique Jawab Isu Gambar Mesra

Gara-gara sekeping gambar mesra bersama seorang gadis tular di sosial media, anggota kumpulan K-Clique, MK mula menjadi bualan peminat.

Walau bagaimanapun, MK menafikan tahu siapa gerangan wanita yang dimaksudkan di dalam gambar berkenaan.

“Saya ada ramai wanita dalam hidup saya, kakak saya enam orang termasuk ibu saya. Jadi saya tidak tahu siapa wanita di dalam gambar yang dimaksudkan.

“Saya sendiri kurang pasti gambar apa yang sedang tular. Saya tak dapat nak mengesahkan, tapi mungkin kakak,” katanya.

MK ketika ditemui di sidang media pengumuman Konsert Haus Boom Music 2019 memberitahu dia jarang ambil pusing mengenai gosip yang berlaku di media sosial.

“Jadi saya memang kurang tahu mengenai gosip yang tular,” katanya ringkas. 

Ditanya mengenai soalan teman wanita, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin memberitahu dia menyerahkan urusan jodoh sepenuhnya kepada Allah SWT.

“Saya masih muda dan perjalanan juga masih jauh. Jika ditemukan jodoh, saya pasti akan umumkannya. 

“Tapi buat masa sekarang, saya dan ahli yang lain masih muda dan mahu fokus pada kerjaya seni terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu video MK bersama seorang wanita yang didakwa kekasihnya kelihatan cukup serasi tular selepas warganet memuat baik di Twitter.

SGMS Faida