Ramlah Ram Kurus Sebab Nak Kahwin?

Penyanyi senior Ramlah Ram menafikan giat mengamalkan diet ketat bukan disebabkan bakal berkahwin.

Kata Ramlah ketika ditemui XTRA pada majlis pelancaran kosmetik Epiexsiti by Simplicity semalam, di usia 55 tahun, Ramlah amat menitik berat penjagaan kesihatan selepas melihat ramai rakan sebaya dengannya berdepan dengan pelbagai penyakit.

” Mana ada saya kurus sebab nak kahwin. Saya mahu menjaga kesihatan dengan mengelak makanan yang membahayakan kesihatan. Bila tengok ramai kawan-kawan sebaya yang jatuh sakit, mula timbul kesedaran itu. 

Di usia sebegini, saya mahu fokus kepada keluarga dan kerjaya sahaja. Tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula. Tetapi seandainya Allah kata ada jodoh lebih baik untuk saya selepas ini, saya terima,” katanya.

Kata pelantun lagu Sesaat Kau Datang ini, dia gembira dan berpuas hati dengan bentuk badannya terkini. 

” Saya berjaya kurangkan 15 kilogram atas saranan diet oleh doktor. Tanpa ambil pil tambahan, saya hanya kurangkan pengambilan karbohidrat. Saya juga baru mula makan nasi tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit.

” Dalam seminggu saya hanya jamah nasi dalam dua kali sahaja. Disamping itu, saya juga ‘tolak’ minuman manis dan makanan berminyak,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ramlah juga bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Masar Cinta yang dicipta oleh komposer sama dengan lagu Sesaat Kau Datang pada penghujung bulan Jun nanti. Good Luck Kak Ramlah!

Oleh: SGMS Fas

SGMS Faida