‘ Saya Belum Sampai Tahap Jadi Ustaz’- Syafiq Kyle Harap Penonton Faham

” Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dan membawa watak sebagai ustaz,” luah Syafiq Kyle yang berharap agar penonton tidak keliru antara wataknya sebagai Ustaz Adam dalam Nur 2.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berharap peminat memahami Ustaz Adam adalah hanya watak dalam lakonan dan dirinya tidak seperti watak itu.

“ Namun, jika seseorang pelakon berasakan watak itu boleh bawa dirinya ke arah kebaikan, tidak salah. Saya bukan Ustaz Adam. Jangan fikir saya seperti dia yang imannya betul-betul kukuh. Saya belum sampai untuk menjadi Ustaz Adam,” katanya kepada Harian Metro. 

Syafiq berkata, dia perlu mengambil kira banyak faktor sekiranya drama itu diterbitkan pada musim ketiga atau diadaptasi ke filem.

” Sekiranya ada Nur 3 atau difilemkan, ia bakal menjadi tugas berat pengarah iaitu Abang Ijat (Shahrulezad). Saya okey, tapi tengok pada skrip juga.

” Saya mungkin sependapat dengan Azhan Rani iaitu sudah-sudahlah tu. Apa-apa pun tengok skrip dulu dan sejauh mana penceritaannya. Dari segi watak, tetap menjadi orang sama,” katanya.

Dalam masa sama, Syafiq enggan penonton mula muak dengan lakonannya jika diberi warak sana setiap tahun. 

” Secara peribadi, saya mahukan sesuatu yang baru setiap tahun kalau ada peluang. Peminat kena kasihankan saya. Saya kena juga cuba dan buat perkara lain. Kalau peminat meminati saya, mesti kasihankan saya,” katanya.

Jangan lupa saksikan Nur 2 pada setiap Isnin-Khamis bermula 10 malam! 

SGMS Faida