Featured By: Atiqah Johari May 23, 2023 @ 7:41pm

Rancang Puasa & Raya Di Mekah Tak Kesampaian, Zul Ariffin Syukur Dapat Tunai Haji Pertama Kali

Pelakon Zul Ariffin berkongsi kegembiraan apabila dipilih menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji pada Jun ini.

Zul meluahkan rasa syukurnya kerana berpeluang menunaikan ibadah tersebut buat pertama kalinya.

Namun begitu, memetik laporan mStar, Zul menyatakan bahawa dia sepatutnya bertolak ke Tanah Suci Makkah lebih awal namun terpaksa menggubah tarikh kerana perlu menyelesaikan komitmen.

“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.

“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” jelasnya.

Kongsi Zul, dia mendapat tawaran bagi menunaikan haji tetapi tidak pasti sekiranya ia melalui xara VIP (very important person) atau sebaliknya.

Sebaliknya, Zul menganggap tawaran tersebut sebagai rezekinya kerana sebelum ini dia merancang untuk berpuasa dan beraya di sana tidak kesampaian.

“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama pasukan saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.

“Saya dah tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat.

“Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Thu, 1 Feb 2024
Featured Thu, 26 May 2022
Trending Thu, 3 Jan 2019

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan

KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan melainkan melanggar peraturan

Featured Wed, 15 May 2019
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Selepas Usher, Yuna Kini Bakal Berduet Bersama Zedd!

Zedd merupakan pengarah muzik yang terkenal dari Rusia. Yuna telah menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dengannya.

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Megat Mentor 7 Takut Dibandingkan Dengan Kaer

Buat pertama kali, single Tetap Kamu merupakan gandingan Megat dan Amylea Azizan. Pasti meletop!