Rapper Muda Amerika, Juice Wrld Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

Khabar duka tentang kematian Juice Wrld, rapper muda Amerika Syarikat baru-baru ini tentunya menjadi berita yang sangat mengejutkan buat penggemar hip-hop dunia. Rapper berusia 21 tahun itu telah disahkan meninggal dunia pada 8 Disember  lalu. 

Juice Wrld telah dikejarkan ke pusat perubatan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Midway Chicago, Amerika Syarikat.

Kes Masih Dalam Siasatan Polis

Pihak polis telah mengesahkan bahawa rapper muda ini menghembuskan nafas terakhir sejurus sampai di hospital. Sehingga kini, pihak berwajib masih menjalankan penyiasatan tentang punca kematian Juice.

Tiada Tanda-Tanda Lebam Dikesan

Menurut laporan CNN, pihak polis menjelaskan tiada tanda-tanda atau kesan lebam yang mencurigakan pada badan rapper yang berasal daripadsa Amerika Syarikat ini.

“Tidak ada sebarang kesan atau tanda yang mencurigakan terhadap Juice dan semua orang yang berada di dalam pesawat telah memberikan kerjasama dengan baik dan memberikan semua maklumat yang mereka tahu. Kini, kami masih menunggu hasil pemeriksaan pihak hospital untuk mengetahui penyebab dan kronologi kematian,” ujar pihak polis.

 

Sumber: www.twitter.com.my

Banyak rakan selebriti yang menzahirkan belasungkawa di atas kematian rapper muda ini. Antaranya seperti Drake, DJ Snake, Ellie Goulding dan Anne Marie.

Terdahulu, Juice Wrld mula menyertai Interscope Records sejak tahun 2018 setelah lagunya  yang berjudul  “Lucid Dreams” dan “All Girls Are the Same” telah menjadi hits. Bukan itu sahaja, Juice Wrld juga telah dinobatkan sebagai Artis Baru Top di Billboard Music Awards pada Mei lalu. 

Rest In Peace Juice Wrld.

Syafiqa Irdina