Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal Afrika Selatan, Jabulani Tsambo atau lebih popular sebagai HHP dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Berita kematian selebriti popular ini disahkan oleh isterinya, Lerato Sengadi kepada media tempatan.

HHP yang pernah memenangi pelbagai anugerah muzik antarabangsa dilaporkan berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun punca kematian masih belum dikenal pasti.

Berdasarkan pencarian di media sosial, ribuan peminat penyanyi berusia 38 tahun ini turut berduka cita dengan pemergian rapper terkenal ini.

Malah, berita ini turut mendapat perhatian daripada parti kongres kebangsaan Afrika yang turut mengucapkan takziah. 

“ Pihak ANC (African National Congress) turut berduka cita atas pemergian ikon muzik yang telah memberi inspirasi kepada ramai pemuzik termasuk peminat di negara ini.

“ Segala jasa yang dicurahkan amat bermakna kepada negara dan kami berharap inspirasi muzik mendiang akan terus diingati pada masa akan datang,” kata wakil kerajaan dalam sebuah kenyataan.

SGMS Faida