Taip Dengan Lebih Cekap Menggunakan 5 Keyboard Mekanikal Ini

Keyboard mechanical merupakan keyboard yang mempunyai struktur yang kompleks di bawah setiap kekunci bertujuan untuk memberi keselesaan dan ketahanan apabila menekan kekunci tersebut. Di samping itu, keyboard mechanical lebih cekap dalam menguruskan dan menghantar input berbanding keyboard biasa. Ia juga merupakan keyboard yang jangka hayatnya lebih panjang.

Di sini kami mengesyorkan pilihan keyboard mechanical terbaik pada tahun 2018 yang mematuhi ciri-ciri yang dicari oleh ramai pengguna. Hal ini juga dapat menjimatkan masa anda untuk mencari keyboard mechanical ideal anda.

Logitech K120

Keyboard mechanical yang paling murah

Kepada mereka yang menginginkan keyboard mechanical basic yang jimat budget, anda boleh memilih Logitech K120. Kepada pelajar atau mereka yang ingin berjimat dalam penggunaan wang tetapi masih menginginkan keyboard mechanical, anda harus memilikinya. Reka bentuknya yang bengkok memudahkan pengguna untuk menggunakannya tanpa perlu mengubah posisi tangan

Kekuncinya yang mempunyai  binaan mechanical  menghasilkan kekunci yang sangat tahan lasak sehingga 10 juta kali tekan. Tambahan pula, strukturnya juga  kukuh dengan mempunyai kekaki dapat menghasilkan penggunaan yang lebih selesa.

Prado M200

Keyboard mechanical gaming murah terbaik

Prado M200 merupakan keyboard mechanical gaming yang murah dan membuka peluang kepada mereka yang tidak mempunyai wang yang banyak untuk memilikinya. Disamping daripada harganya yang murah, keyboard mechanical ini boleh digunakan pada Windows2000 hingga Windows10 tanpa memerlukan sebarang driver menjadikan hampir kesemua PC boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Terdapat 104 kekunci dan 10 kekunci yang boleh diprogramkan sesuai untuk permainan video berunsurkan MOBA atau sandbox. Tambahan pula, ia juga merupakan keyboard mechanical kalis air. Oleh kerana itu, pengguna tidak perlu risau jika minuman mereka tertumpah diatasnya.

Rapoo E9070

 

Keyboard mechanical wireless terbaik

Rapoo E9070 merupakan keyboard mechanical wireless yang menggunakan teknologi transmisi 2.4GHz tanpa wayar dengan radiusnya sehingga 10 meter. Penggunaan transmisi ini menjadikan keyboard ini tidak mudah diganggu dengan peranti wireless lain. Struktur kekuncinya iaitu ‘X membrane’ dapat menghasilkan kekunci yang mampu ditekan sehingga 20 juta kali tanpa rosak.

Pengguna juga tidak perlu bimbang akan kehabisan bateri kerana baterinya boleh bertahan sehingga 24 bulan tanpa off. Ia juga menggunakan bateri AAA untuk berfungsi. Hal ini dapat menjimatkan masa pengguna kerana tidak perlu mengecas semula.

Armaggeddon MKA-7C Psycheagle

 

Keyboard mechanical LED terbaik

Armaggeddon MKA-7C Psycheagle menggunakan kualiti tinggi KevlarTech TM di mana mengelakkan daripada huruf-huruf di atas kekunci mudah pudar.Lampu LEDnya boleh diubah melalui tetapan pada PC oleh pengguna. Pada masa yang sama, lampu LED ini berinteraksi dengan permainan  video menjadikan gaming lebih menarik dengan pencahayaan.

Pengguna juga boleh mengubah kecerahan LED dengan menekan kekunci ‘Fn’ dan panah atas untuk meninggikan kecerahan  atau panah bawah untuk merendahkan kecerahan.

SteelSeries Apex M260

Terbaik untuk typing

Pengguna dapat merasakan kepuasan ketika menaip dengan menggunakan keyboard mechanical SteelSeries Apex M260. Reka bentuknya yang lebih bercirikan bentuk yang mudah dan mewah dengan kualiti yang sangat-sangat memuaskan. Tambahan pula, reka bentuknya yang tinggi dibelakang memberikan keselsaan pada pengguna untuk kekal menaip.

Penggunaan struktur mekanikal pada kekunci boleh mengekalkan ketahanan sehingga 60 juta kali tekan bagi setiap kekunci.Juga terdapat pencahayaan LED pada kekuncinya dan menampakkan huruf-huruf diatasnya. Hal ini sesuai untuk penggunaan ketika gelap tanpa menyusahkan pengguna untuk mencari-cari huruf yang patut ditekan.

Sekadar itu sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda jika anda ingin membeli ‘mechanical keyboard’.

 

SGMS Putri