“Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Penyanyi Syada Amzah memberi bayangan rumah yang didiami bakal dijual.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelantun lagu Hasrat itu terkejut dengan kehadiran ramai orang di hadapan rumahnya meskipun tiada papan tanda rumah untuk dijual.

Menurutnya, dia langsung tidak diberitahu tentang perkara itu dan mereka seakan diperlakukan seperti haiwan.

“Harini tiba-tiba random people popped out depan rumah nak tengok dalam rumah. Padahal takda letak any signboard nak jual pun.

“Phew gilalah, rasa macam kita ni haiwan strays. With no notice at all,” ujarnya.

Pada masa sama, Syada yang tidak menyebut nama sesiapa meluahkan rasa kecewa dan memetik ayat mengenai ‘buang’ dan ‘halau’.

“Dah kena buang, kena halau lagi. Genius betul-betul respect,” katanya lagi.

Terdahulu, adik kepada penyanyi Shila Amzah pernah membuat surat terbuka kepada bapanya, Datuk ND Lala memberitahu dia tiada lagi akses untuk berhubung dengan penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah Buat Surat Terbuka Untuk ND Lala – “Tiada Lagi Foto Ayah Mulai Hari Ini”

ARTIKEL BERKAITAN:
“Takkan Buang Bapa, Salah Faham Ni… Bapa Yang Buang Kami” – Rindukan ND Lala, Syada Amzah Dedah Sudah Ikhtiar Berubat Cara Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Maya Basir