Categories: SelebritiTrending

“Kau Tak Payah Sembang Tak Nak Gaduh” – Individu Didakwa Komen Buruk Di Media Sosial, Ali Puteh Ajak Berdepan!

Sebelum ini, nama pelawak Ali Puteh menjadi bualan hangat apabila mempunyai konflik bersama bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah yang merupakan balu kepada abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Malah, disebabkan isu tersebut Ali masih dihentam teruk oleh warganet sehingga kini.

Terbaru, Ali mendedahkan foto seorang individu yang didakwa sering meninggalkan komen dan masuk campur urusannya di media sosial.

Bukan itu sahaja, Ali juga meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan nombor telefon untuk berhubung dengan individu itu.

“Kalau ada contact nombor konon pelakon ni bagitau ekh… teringin nak jumpa… banyak sangat komen kat TikTok aku sampai IG aku.

“Sibuk sangat pasal hal orang ni tak sedap jugak kan… jumpa lagi baik. Kalau ada share share ekh ni pelakon Malaya ni… nak sembang depan apa sebenar dia nak,” tulis Ali.

Pada hantaran lain, Ali berkongsi bahawa individu itu telah menghubunginya di Instagram dan memohon maaf kepadanya.

Kata individu itu, dia enggan berbalah dengan Ali dan menyedari tindakannya meninggalkan komen itu adalah tidak patut.

“Takpe tak payah cari… owner badan dah message… nanti kita jumpa orait,” kata Ali.

Artikel Berkaitan: Produk Dapat Sambutan, Individu Tuduh Ali Puteh Guna ‘Mandrem’? – “Adat Orang Melayu Bila Berniaga”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Dakwa Isteri Terima Mesej Ugutan Melampau Berbaur L*cah – “Kau K*ngk*ng, M*in Ramai-Ramai Atas Meja!”

Artikel Berkaitan: Ingin Semuka Dengan Individu Mengaku Jiran, Ali Puteh Minta Kemukakan Bukti & Hentikan Fitnah – “Orang Kalau Betul Tak Pakai Fake Account”

Atiqah Johari