“Asal Dia Bahagia & Tenang Dalam Hidup” – Ahli Keluarga Sokong Segala Keputusan, Fazley Yaakob Yakin Mawar Rashid Dah Fikir Dengan Matang

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memberi respons berhubung isu adik iparnya, pelakon Mawar Rashid yang kini memilih untuk tidak lagi berhijab.

Memetik laporan mStar, Fazley berkata dia amat menghormati keputusan Mawar serta mempercayai adik iparnya itu sudah berfikir panjang dengan matang sebelum memutuskan untuk tidak lagi berhijab.

“Sebagai abang sulung dan ketua keluarga saya harap semua pihak menghormati privasi adik ipar saya.

“Keputusan yang dibuat pasti sudah difikir secara mendalam serta timbang tara daripada semua sudut sebelum Mawar membuat perkongsian di Instagram.

“Saya doakan terbaik buat Mawar dalam menghadapi dugaan ini kerana saya pasti ramai akan membuat penilaian sendiri dan saya harap dia tabah,” katanya.

Sementara itu, Fazley berkata dia memberi ruang kepada Mawar dan adiknya, Raf Yaakob untuk mengambil masa menjelaskan keadaan berikut kepada keluarga.

“Pihak keluarga memang tidak dimaklumkan tetapi saya mewakili keluarga tiada masalah dengan apa-apa keputusan yang Mawar buat dan menyokong asalkan dia bahagia dan tenang dalam proses mencari kebahagian hidup,” tambahnya.

Sebelum ini, Mawar mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi dua foto tidak berhijab di Instagram miliknya pada awal pagi Selasa.

Menerusi foto-foto itu, Mawar mengikat rambutnya dengan kemas serta memakai baju berona putih.

Di ruangan kapsyen, Mawar memohon maaf kepada pengikutnya kerana gagal menahan diri daripada membuka tudung.

Artikel Berkaitan: Lagi Selebriti Wanita Berhijab ‘Unboxing’… Mawar Rashid Buka Tudung – “Saya Dah Cuba, Tapi Gagal”

Sumber: mstar

Aqilah Paharuzi