Isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira memberi teguran untuk tidak menyentuh perut ibu mengandung.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, sebagai ibu mengandung dia tidak selesa apabila kawan mahupun keluarga meminta untuk menyentuh perutnya.
“Teguran kasih sayang: Kalau jumpa tu, kawan ke, family ke, jangan lah request nak sentuh perut.
“Me as a pregnant lady sangat uncomfortable,” ujarnya.
Menurutnya, teguran tersebut adalah untuk melindungi dirinya dan kandungan daripada ancaman bahaya.
“Now sangat-sangat bahaya. Please don’t put us in an awkward spot to tegur you guys,” tulisnya.
Untuk rekod, Yonnyboii dan Nik Nazira telah mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza