“I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?

Penyanyi Shila Amzah memberitahu bahawa dirinya telah menerima lamaran daripada kekasih, Ubai Mz.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, mereka berdua berada di kedai barang kemas untuk mengambil cincin lamaran yang dibeli Ubai.

“Today is the day when kita orang ambil cincin kita. No, cincin I je. Thank you sayang,” ujar Shila.

“Sama-sama. Datang lagi. Tinggal rama-rama je keluar,” balas Ubai sambil menunjukkan dompetnya.

Dipercayai, cincin tersebut adalah cincin Ubai melamar Shila untuk menjadi pasangan hidupnya.

“I said yes. Terima kasih buat semua yang doakan baik-baik,” tulisnya di kapsyen.

@shilaamzahofficialI said yes 💍 Terima kasih buat semua yang doakan baik2🤍

♬ original sound – tutordancetiktok💃🏼

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Tahniah buat kedua-duanya. Moga bahagia hingga akhir.

“Alhamdulillah. Hepi for you dear.

“Alhamdulillah tahniah Sha dan Ubai. Semoga dipermudahkan segala urusan korang ya,” komen netizen.

Maya Basir