Rentas Negeri Untuk Pasangan PJJ Dibenarkan Di 5 Negeri Ini Bermula..

Fasa ke 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan mula berkuatkuasa 5 Julai ini melibatkan lima buah negeri.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini, beliau berkata, lima negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jelasnya lagi, peralihan kelima-lima negeri itu ke fasa seterusnya adalah kerana negeri-negeri terbabit berjaya mencapai tiga indikator nilai ambang yang ditentukan iaitu – kes harian COVID-19 bawah 4,000, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU), serta liputan vaksinasi dua dos meliputi 10 peratus daripada keseluruhan populasi.

“Dengan ini saya hendak sekali lagi maklumkan bahawa terdapat lima negeri yang telah pun memenuhi tiga indicator, dan boleh beralih ke Fasa 2 iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

“Peralihan ke Fasa 2 ini berkuatkuasa pada 5 Julai, 2021, atau Isnin depan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, rentas negeri akan dibenarkan bagi pasangan jarak jauh di dalam Fasa Pemulihan Kedua yang melibatkan negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Namun begitu, kebenaran rentas negeri ini adalah khusus untuk kes kecemaaan dan keperluan khaa serta perlu mendapat kebenaran PDRM.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”