Daftar Sekarang Dan Mohon Bantuan Ibu Tunggal Bernilai RM300 Sebelum 5 Julai

Menerusi insentif PENJANA tahun lalu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Khas Ibu Tunggal bernilai sebanyak RM300 secara one-off yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Bagi tahun ini, pelaksanaan bantuan ini masih belum diumumkan.

Namun, anda digalakkan untuk mengisi Borang Profiling Ibu Tunggal melalui pautan Google Docs Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk mendapatkan update terkini Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan bantuan yang sistematik bagi golongan ini.

Sila layari pautan ini untuk mengisi Borang Profiling Ibu Tunggal : https://forms.gle/2L2wn7wqhCSzBdpB6

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan, anda digalakkan mengisi borang permohonan sebelum 5 Julai 2021.

Bagi permohonan secara manual, pertanyaan boleh diajukan melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”