Categories: Trending

Buka Foodbank, Naim Daniel Tampil Hulurkan Bantuan

Pelantun lagu Sumpah, Naim Daniel bukan sahaja dilihat tampil lantang bersuara mengenai masalah yang dihadapi rakyat Malaysia terutamanya pada ketikan ini.

Namun, beliau juga dilihat tampil menghulurkan bantuan dengan membuka foodbank yang terletak di Petronas Taman Pelangi Semenyih.

Perkara tersebut dimuat naik Naim menerusi hantaran di laman Instagram dan instastory miliknya sebentar tadi.

 

Antara barangan yang disumbangkan termasuklah beras, mi segera, garam, gula, biskut, lampin pakai buang bayi, susu, sardin dan tepung.

Pada masa sama, Naim juga turut menerima cadangan daripada pengikutnya yang mengusulkan untuk menambah dua jenis barangan keperluan iaitu sabun basuh dan tuala wanita.

“Dapat idea daripada pengikut dalam Instagram untuk beli sabun basuh dan tuala wanita. Jadi kita dah tambah barang-barang ini dalam senarai. Terima kasih kerana beri cadangan,”

Menerusi video yang dimuat naik Naim, beliau juga turut menyediakan sedikit sumbangan kepada keluarga yang memerlukan yang tinggal berdekatan Taman Pelangi, Semenyih.

“Tak kira apa bangsa dan agama, sila datang ambil. Jangan malu dan segan. Ambil mana yang perlu untuk kelangsungan hidup semua. Insya-Allah, semoga Allah tolong anda semua,” katanya.

Dan ternyata, tindakan penyanyi berusia 23 tahun itu mendapat respon positif dari kalangan rakan artis dan peminat beliau yang mendoakan agar penyanyi itu sentiasa dimurahkan dengan lebih banyak lagi rezeki selepas ini.

Salma Syahbuddin