Hiburan By: SGMS Faida November 8, 2018 @ 6:42pm

Rindu Nak Berlakon Karya Bermutu, Akhirnya Rahim Jailani…

Pelakon Rahim Jailani antara pelakon senior yang hebat dalam membawakan watak bapa yang penyayang.

Namun begitu, beliau mencabar diri dengan menerima tawaran untuk berlakon teater Pokok yang merupakan sebuah karya Tan Sri Johan Jaaffar.

Pelakon drama popular Titian Cinta ini memberitahu tiada sebab untuk dirinya menolak tawaran untuk berlakon dalam naskah hebat ini.

“ Ini merupakan peluang terbaik apabila dapat bekerjasama dengan pengarah Saudara U-Wei Haji Saari. Kehebatan beliau mengarah filem Jogho dan Hanyut memang tak perlu kita pertikaikan.

“ Kedua, saya amat merindui naskah bermutu sebegini. Bila saya ditawarkan untuk terlibat dalam Pokok, pada mulanya saya sendiri pun tak percaya. Betul ke dorang pilih aku ni?,” katanya.

Rahim berpendapat skrip dan jalan cerita Pokok hebat dan mesej yang ingin disampaikan juga jelas berguna kepada masyarakat.

“ Kita sudah lama tidak disajikan dengan karya bermutu sebegini. Terutama kaum lelaki, skrip teater Pokok ini ibarat suara untuk kaum kami di luar sana. Orang menganggap duit mampu membeli segalanya tetapi sebenarnya tidak.

“ Duit belum tentu membeli hati seorang wanita,” akhiri pelakon yang turut membintangi drama Raisha. 

Teater Pokok bakal dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 7 hingga 16 Disember 2018 pada jam 8.30 malam dan empat pementasan pada waktu siang (matinee) iaitu pada 8,9, 15 dan 16 Disember 2018 pada pukul 3 petang.

Pokok turut dibintangi pelakon hebat seperti Haliza Misbun, Ebby Saiful dan Buyung Zasdar.

Harga tiket adalah RM 50.00 bagi tempat duduk aras bawah dan RM30.00 tempat duduk aras atas.

Tiket boleh dibeli menerusi airasiaredtix.com bermula pada 12 November 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Saya Akan Tunggu Restu Mama & Ayah, Tak Mudah Lihat Tangisan Di Kaca TV” – Syamsul Yusof

Ia tak mudah, tapi saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama – SY. Semoga dipermudah segalanya 🥲

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Kenapa Cemburu Dengan Sherry?

Bawak banyak bersabar

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Capai 6.4 Juta Tontonan TV, AJL38 Terbukti Paling Ikonik

Min setuju.. AJL 38 kali ini paling ikonik!

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘Majlis Kahwin Kali Ini Bakal Lebih Sederhana’- Fasha Sandha

Pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu perasaan kurang beriya bukan hanya dirasai sendiri tetapi yakin wanita yang berkahwin kali kedua turut melalui hal yang sama.

Featured Wed, 9 Nov 2022