Risteena Dah Nak Kahwin November Ni?

Wah! Ramai jugak artis yang bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ni kan? Selain Ain Edruce, Risteena Munim juga bakal menamatkan zaman bujangnya pada November ini bersama pilihan hatinya, Ikhwan Khairudin.

Namun, Ikhwan masih tidak dapat memberikan tarikh sebenar pernikahan mereka kerana masih dalam perbincangan kedua belah pihak. 

Sumber : Instagram @nur_risteena

” November adalah bulan kelahiran Risteena, kalau nak buat majlis nikah pada tarikh lahirnya iaitu 19 November iaitu hari Selasa. Jadi kena tengok mana yang sesuai lagipun ada beberapa perkara yang masih belum selesai.” Katanya.

Hubungan yang terjalin selama 6 tahun ini adalah fasa untuk mengenali hati budi masing-masing. Al maklumlah, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah dan tanggungjawab juga dipikul juga sangat besar bila dah berkahwin  nanti.

Salma Syahbuddin