“Roh Dah Lama Mati, Yang Ada Hanya Jasad & Amanah Arwah Johan…” – Netizen Titip Semangat Kepada Nora Ariffin, Namun Ada Persoal Mengenai…

Perkongsian terkini penyanyi Datuk Nora Ariffin di laman Instagram miliknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi muat naik tersebut, Nora mengakui rohnya sudah mati namun yang kekal hanyalah jasad dan amanah arwah suaminya, Johan Nawawi.

“Roh saya memang sudah lama mati, yang ada hanya jasad dan amanah arwah Johan utk menjaga anak-anak,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, peminat bertanya mengapa Nora menulis kapsyen berkenaan, malah ada juga yang memberi kata-kata semangat kepada penyanyi itu.

Namun, rata-rata netizen turut mempersoalkan luahan hati pelantun lagu Pedoman itu yang telahpun berkahwin lain pada dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Nora dilihat tidak mengendahkan komen-komen tersebut dan memilih untuk berdiam diri mengenai status Instagramnya itu.

Sekadar info, Nora dan Allahyarham Johan mendirikan rumah tangga pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Aqilah Paharuzi