Gara-Gara Tersalah Panggil Nama Sebenar, Emma Maembong Marah Chacha Ketika Live – “Kau Timahkan Aku”

Gelagat dua beradik Emma Maembong dan Chacha Maembong tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat mereka bergurau senda ketika live.

Menerusi video yang tular di TikTok, Chacha yang sedang membantu kakaknya, Emma mempromosikan produk kecantikannya tersasul memanggil nama sebenarnya, Timah.

“Apa yang Emma dengan saya pakai sama tau. Cuma, dia akan jadi colour corrector if you punya skin beza. Macam saya gelap sikit, so nampak tak bibir saya gelap sikit. So Timah, Emma dia terang. Salah-salah,” katanya.

Terkejut dengan panggilan itu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 31, terus memberikan respons spontan kepada adiknya itu.

“Emma. Penat aku reka nama Emma Maembong. Kau Timahkan aku. Nampak, semua dah Timahkan aku,” kata Emma.

Lebih mencuit hati, mereka sempat bergelak ketawa bersama biarpun panggilan ‘Timah’ mula menjadi bahan dalam kalangan pengikutnya ketika itu.

@imanikhairiahYang penting bibir dorang on point je !!♬ MALAMPAGI SAIXSE – 𝓢𝓪𝓲𝔁𝓼𝓮

Fatin Nurain