Categories: HiburanSelebriti

SAYA BUKAN NAK SOROK ISTERI – ABAM BOCEY

Bukan Tak Suka, Tapi tak selesa

Abam Bocey yang baru sahaja bergelar suami pada 8 Disember yang lalu kepada pasangannya, Norhidayah Mohd Ali 25, sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak akan terlalu mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum lebih-lebih lagi apabila sudah berumah tangga.

Bagi Abam, dia lebih selesa jika kehidupan peribadinya ini tidak terlalu dikongsi secara terbuka. 

“saya lebih selesa jika kehidupan kami suami isteri tidak dikongsi secara terbuka. Lagipun saya yang bekerja dalam bidang ini. bukan isteri”

“kalau boleh, saya tidak mahu libatkan isteri langsung dengan kerjaya saya. Biarlah dia jalani kehidupan seperti biasa”

“Bagi saya isteri saya adalah privasi saya, tetapi itu tidak bermakna saya akan sorokkan dia atau tak bagi keluar rumah”

Abam bersama isteri pada Majlis Perkahwinan beliau

Kenapa Rosyam Nor?

Abam menjadikan Datuk Rosyam Nor sebagai sumber rujukan bukan sahaja daripada talent yang dimiliki beliau, tetapi kehidupan pelakon tersebut yang tidak terlalu didedahkan kepada umum walaupun sudah lama bertapak dalam industri tanah air.

“saya ambil contoh Datuk Rosyam Nor, kerana beliau tidak begitu mendedahkan kehidupan keluarganya kepada umum dan beliau akan berkongsi mengenai kerjaya sahaja”

“saya mahu begitu. kebahagiaan tidak diukur melalui media sosial” 

Tindakan Abam ini harus dipuji kerana, terlalu mendedahkan kehidupan peribadi dilaman sosial juga boleh mengundang pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen sehingga boleh menyebabkan hubungan yang terjalin tersebut berantakan. Tahniah Abam!

 

Salma Syahbuddin