Categories: HiburanSelebriti

Ruhainies Lega Dapat ‘Green Light’

Pelakon, Ruhainies merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan dengan teman lelakinya setelah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya.

Ruhainies berkata, dia dikawal ketat oleh ibu bapanya ketika membesar dan tidak ramai yang mengetahui hakikat itu.

“Ibu bapa saya kelihatan seperti sempoi bagi sesetengah pihak, namun tidak ramai yang mengetahui hakikat bahawa mereka tegas sebenarnya dalam mendidik anak-anak.

“Apatah lagi, adik-beradik saya kebanyakkannya perempuan, jadi sejak kecil lagi sudah dikawal ketat oleh mereka. Malah, telefon bimbit saya pernah pecah berderai dihempas ibu kerana berbalas mesej dengan lelaki.

“Saya menghela nafas lega apabila ibu memberikan keizinan untuk berkahwin pada tahun hadapan, kerana ibarat memberikan restu kepada hubungan kami,” katanya kepada Xtra.

Pelakon yang dikenali dengan drama Tundukkan Playboy Itu berkongsi, teman lelakinya yang dikenali dengan nama Mr E Johan sudah meluahkan kesediaan untuk mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah hubungan saya dengan bakal ibu mentua baik-baik saja dan tiada sebarang masalah,” kata pelakon Ruhainies yang mengakui teman lelakinya dikenali MR.E seorang ‘Anak Emak’.

Kata Ruhainies, bercinta dengan lelaki yang akrab dengan ibu ada kelebihan dan kekurangan, namun dia beruntung kerana teman lelakinya itu memberikan kasih sayang sama rata.

Sementara itu, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke- 27 pada 27 Julai ini, Ruhainies akhirnya mendedahkan nama kekasihnya.

“Saya tidak boleh kongsikan nama penuhnya lagi. Cukup sekadar dikenali sebagai Mr E. Johan. Saya tidak mahu dedahkan nama penuhnya lagi kerana bimbang akan mengganggu privasinya.

“Seboleh-bolehnya saya nak dia jalani kehidupan seperti insan biasa. Doakan semoga hubungan kami berkekalan dan dipercepatkan jodoh,” katanya yang belum menetapkan sebarang tarikh untuk berkahwin,” katanya.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Enal