Categories: HiburanSelebriti

Ruhainies Mata Duitan, Betul Ke?

Hanya kerana memuat naik gambar bersama XXX dalam kereta mewah yang dipandu, netizen memberi komen negatif mengatakan yang Ruhainies mata duitan.

Khabarnya, ada netizen menyatakan hanya wanita malas sahaja akan mencari lelaki kaya untuk menyara hidup, sekaligus menaikkan kemarahan Ruhainies. Dengan sinisnya Ruhainies meminta pinjaman duit kepada individu tersebut.

“I’m too lazy too work. Can I loan some money from you my independent woman? I bayar ansur-ansur or exchange our car ke,”

tulisnya membidas kenyataan netizen menggelarnya ‘gold digger’.

Tapi sayang komen Ruhainies dipadam, dan hanya tinggal komen-komen sesama netizen bertelagah mengenainya.

Ada juga memerli adakah Ruhainies akan jatuh cinta andai lelaki itu memandu kereta Viva?

SGMS Enal