Ruhainies Tampil Beri Penjelasan Isu Tarik Diri Jadi Duta, Dakwa Pengasas Produk Kecantikan Suruh Buat Kerja Secara Percuma?

Pelakon cantik, Ruhainies tampil memberi penjelasan susulan dirinya didakwa tarik diri sebagai duta produk kecantikan, Aurebella Beauty.

Memetk laporan Ohbulan, Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menyatakan dia sama sekali tidak menandatangani sebarang kontrak untuk menjadi duta produk tersebut.

Malah, dia juga tidak menerima bayaran sebagai duta bagi produk yang dikeluarkan.

“Isu ini sebenarnya sangat straightforward. Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada tertunggak.

“Saya tidak ingin mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Tak akan nak kerja secara percuma?,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ruhainies turut menitipkan pesanan agar pengasas produk tidak mengambil kesempatan terhadap selebriti.

“Jangan ada niat jahat dan mempergunakan golongan selebriti dalam perniagaan,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi hantarannya di Instastory, pelakon drama Cukup Derita Itu hairan dengan tindakan pengasas produk itu mengadakan sidang media dan mendakwa mereka yang sebaliknya berhutang kepadanya.

“Jarang-jarang orang yang hutang dengan kita muncul tiba-tiba buat press conference (pc). Selalunya yang hutang ni terus hilang dari radar. Hilang dari dunia ni pun ada.

“Tapi yang ni rare species. Kita yang dah lupa ni pun teringat balik,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Urusan dan pengasas bersama Aurebella Beauty iaitu Mohamad Aiman Hakim Nur Hashim mendakwa Ruhainies telah pun melanggar kontrak perjanjian dan menarik diri sebagai duta produk syarikat mereka menerusi satu sesi sidang media yang dilakukan.

Dakwa Aiman, tindakan Ruhainies yang tidak melakukan kerjanya sebagai duta dengan baik telah menyebabkan syarikatnya mengalami kerugian besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Ruhainies Tarik Diri Lepas 2 Bulan Jadi Duta, Pengasas Produk Kecantikan Alami Kerugian & Kemurungan Teruk – “Ia Satu Penghinaan Yang Jelas”

Maya Basir