Categories: FESYEN

Sentuhan Peribadi… Sulam Nama & Tampal Badges Di Kasut Kesayangan, Hanya Di Converse The Exchange TRX!

Pastinya ramai mahu memberikan hadiah bermakna kepada insan tersayang dengan elemen sentuhan peribadi

Semestinya elemen ‘personal touch’ membekas di hati penerima, malah ia juga sesuai untuk dihadiahkan kepada diri sendiri sebagai tanda penghargaan.

Jadi, bagi mereka yang mahu memiliki kasut atau bag dengan sentuhan peribadi, apa kata berkunjung ke cawangan baharu butik Converse yang dibuka di The Exchange, TRX, Kuala Lumpur.

Jadikan kasut atau barangan Converse lebih ‘personal’ dengan cetakan DTG dan mesin sulaman hanya di Converse The Exchange TRX.

Pembeli boleh memilih badges serta sulaman huruf atau nombor untuk diletakkan di kasut atau beg Converse anda. Lebih menarik, warna tali kasut serta tebukan kasut juga boleh dibuat mengikut citarasa peribadi.

Selain itu, Chuck Taylor DNA kali ini bersedia untuk menggembirakan penggemar jenama ini. Membariskan pereka terkenal seperti Martine Ali dan Feng Chen Wang, selami dimensi baharu kasut Converse yang direka khas untuk melengkapi personaliti dan fungsi berbeza. Ada gaya funky, simple tapi kacak, girly smart dan paling popular tentulah gaya klasik ala Kurt Cobain.

Untuk mereka yang berminat untuk memiliki Converse Limited Edition high heel ‘Chuck 70 De Luxe Wedge Hi’, siap sedia untuk memiliki kasut ini di outlet cawangan The Exchange TRX bermula 16 Februari ini serta lokasi terpilih lain.

Bakal dilancarkan dengan rekaan terbaharu, Converse The Exchange TRX antara enam outlet yang diberi penghormatan menjual edisi istimewa ini.

Imbas semula tahun lepas, edisi tumit tinggi ini ‘licin’ dalam hanya beberapa hari, malah penggemar dari China dan Indonesia juga sanggup terbang ke Malaysia untuk mendapatkan kasut edisi Converse yang popular dalam kalangan collector ini.

Padin