Categories: FESYEN

Rezeki Anak Beranak! Kekal Sejak 2017, Que Haidar & Tengku Ratu Terus Jadi Wajah Eksklusif Raya Jenama Qierahman

Pelakon Que Haidar dan anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar menjadi wajah eksklusif bagi koleksi Eid 2024 jenama Qierahman.

Mula menjalin kerjasama sejak 2017, jenama ini senang dengan komitmen yang diberikan oleh dua beranak ini dalam mempromosikan pakaian mereka.

“Sokongan dan sikap komited mereka terhadap kerja membuatkan kami sangat selesa bekerjasama dengan duo ini. Mereka mempromosikan jenama kami dengan baik dan kami senang dengan hubungan yang terjalin.

“Melihat Ratu yang makin menginjak usia, jadi kami rasa sudah tiba masanya untuk kami ketengahkan Ratu sabagai wajah eksklusif kami,” kata Qie Anuar selaku pengasas bersama serta Ketua Strategi Pemasaran Qierahman.

Koleksi Eid 2024, yang menampilkan empat jenis koleksi iaitu signature cut, kurta modern fit, kurta Paduka oversized serta abaya untuk wanita yang pasti akan menyerlahkan gaya raya anda dan seisi keluarga Aidilfitri nanti.

Menyuntik kelainan dengan elemen sedikit moden, koleksi baju Melayu Qierahman unik dan berbaloi untuk dimiliki menampilkan identiti ‘signature cut’, di mana ia diilhamkan dari potongan suit or blazer untuk menampakkan pemakai kelihatan lebih segak dan kemas.

“Kami jahit mengikut ukuran buat mereka yang inginkan pakaian berkualiti, praktikal dengan kerja tangan yang mengagumkan dan apa yang istimewanya, ia datang dengan harga yang sangat berpatutan.

“koleksi ini menjadi taruhan terbaru Qierahman sejak mula menceburi dunia fesyen sekitar 2016 dan kami akan pastikan tiada elemen tradisi akan diganggu,” kata Fazrul Musa selaku Pengarah Kreatif.

Koleksi kali ini turut menampilkan koleksi abaya untuk kaum wanita, yang terdiri daripada Amelie, Camille dan Madelyn.

Jika sebelum ini, sepasang baju Melayu bermula dari RM229 tetapi istimewanya pada tahun 2024, ia boleh dimiliki dengan harga serendah RM159 bagi memenuhi permintaan pelanggan ketika di awal kemunculan jenama ini pada 2016.

Untuk pembelian, boleh layari www.qierahman.com atau ke gerai jualan Qierahman di Shoppes @ Four Season di Aras 2 bermula 8 March sehingga 7 April ini.

Padin