“What’s The Point Kahwin Ramai?” – Azhar Sulaiman

Pelakon senior, Azhar Sulaiman mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

Menerusi perkongsian tersebut, Azhar sempat berkongsi foto bersama tiga rakan lakonnya beserta kapsyen mencuit hati.

Katanya, tidak ada faedah berkahwin ramai jika hanya menyusahkan diri sendiri.

“Behar (panggilan untuk Azhar) tak kahwin 2 tapi 3.

“Yang pasti bila ketiga-tiga isteri merajuk dan buat hal, Behar kena tidur atas sofa sendiri. So, what’s the point kahwin ramai?” katanya.

 

Terdahulu, aktor ini pernah berkongsi hantaran di platform sama seolah-olah menyindir tindakan pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz selepas tular isu ditangkap khalwat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menurutnya, tidak ada keperluan untuk mereka cerita sekiranya bukti telahpun disahkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengenai rakaman tular tersebut.

Bagaimanapun, hantara tersebut telahpun dipadam Azhar selepas beberapa ia dimuat naik.

Sekadar info, Azha merupakan antara rakan selebriti yang aktif berkongsi cerita berdasarkan situasi semasa yang berlaku tidak kiralah sama ada berkaitan industri hiburan mahupun isu semasa.

Salma Syahbuddin