“Past Is Past, Teruskan Hidup”- Oktovia Manrose Anggap Gosip Bercinta Dengan Aliff Aziz Memalukan?

Susulan konflik rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah, nama pelakon Oktovia Manrose kembali hangat diperkatakan selepas pelakon itu pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan aktor terbabit sekitar tahun 2019.

Bagaimanapun, Oktovia tidak mahu namanya terus terkait dengan gosip tersebut dek kerana menganggap ia bukan lah sesuatu yang perlu dibanggakan.

Malah,  dia berasa malu apabila mengenang kembali peristiwa tersebut.

“Past is past, teruskan hidup.

“Perkara itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan pun sebenarnya.

“Memang saya malu  pernah terpalit dengan kontroversi itu tapi tak perlu nak melatah,”ulasnya.

Mengulas lanjut mengenai perbandingan yang dibuat segelintir netizen terhadap perbezaan dirinya dan Aliff, Oktovia bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut.

Katanya, setiap orang mempunyai ujian masing-masing.

“No komen, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita bercakap pasal hidayah dan perubahan seseorang.

“Masing-masing ada ujian tersendiri, mungkin Aliff masih diuji dan belum belajar dari kesilapan lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Oktovia juga sempat menitipkan doa agar segaal urusan Aliff dan Bella Astillah dipermudahkan.

“Untuk Bella dan Aliff, semoga dipermudahkan urusan dan bahagia, Inshaa Allah, ” jelasnya.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin