Safawi Rasid, Syifa Melvin Sah Bergelar Suami Isteri, Mas Kahwin Sebentuk Cincin

Desas desus berita perkahwinan akhirnya terjawab apabila pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, dan pasangannya juga pempengaruh, Syifa Melvin, 28, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Menerusi perkongsian secara langsung di YouTube, pasangan mempelai tampak segak berbusana serba krim.

Pada majlis akad nikah, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat itu berlangsung di hotel Hilton Petaling Jaya.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Uyaina Arshad, Lia Natalia dan Riena Diana.

Sebelum ini tular di media sosial apabila kad undangan majlis ijab dan qabul mereka tersebar yang dikatakan akan berlangsung pada 28 November di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.

Khairil Khusyairi