“Welcome To The Wedding Of MK & NR” – Muat Naik Nabila Razali Undang Tanda Tanya

Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan warganet dek kerana kerap memuat naik fotonya dengan seseorang seperti sudah berkahwin di Instagram, kebelakangan ini.

Malah, menerusi hantaran di Instagram Story juga penyanyi itu turut berkongsikan beberapa momen atau suasana majlis perkahwinan tersebut di tepi pantai.

Dalam pada itu, tular sebuah TikTok Story yang dimuat naik oleh peminatnya foto papan tanda dengan tulisan yang menyatakan seolah-olah ianya adalah majlis perkahwinannya bersama MK.

“Welcome To The Wedding Of MK & NR,” tulisnya.

Namun, hasil tinjauan XTRA di ruangan bio Instagram, Nabila juga telah meletakkan nama seorang lelaki, Aisy Mateen yang disertakan bersama simbol hati.

Biarpun masih belum mengetahui kesahihannya, segala perkongsian tersebut telah menimbulkan persoalan sama ada perkara itu hanya sekadar ‘gimik’ untuk lagu terbaharunya atau dia memang sudah berkahwin senyap-senyap.

Fatin Nurain