Categories: LIFESTYLE

Filem Bollywood ‘Gangubai’ Lakonan Alia Bhatt Jadi Inspirasi, Pereka Fesyen Nik Aswat Terharu Fashion Show Jadi Tumpuan Media Antarabangsa

Pereka fesyen tempatan, Nik Aswat terharu apabila pertujukan fesyen pertama pertamanya mendapat liputan media di antarabangsa.

Mengambil inspirasi filem Bollywood popular, Gangubai Kathiawadi lakonan Ali Bhatt, acara terbabit merupakan pertunjukan fesyen sulung yang diadakan oleh Nik Aswat, baru-baru ini.

“Sejujurnya saya terkejut. Saya hilang kata-kata. Saya tak sangka fashion show pertama mendapat liputan media luar negara, terutamanya di India. Mungkin kerana inspirasi yang saya cuba paparkan.

“Saya sangat terharu dan bangga kerana dapat mengangkat jenama Nik Aswat di peringkat antarabangsa. Saya gembira penggemar di Malaysia mula mempercayai jenama saya dan ia mula diperkatakan di luar negara,” katanya.

Mengambil masa dua bulan sebagai persiapan, Nik Aswat begitu teliti dalam menghasilkan koleksi untuk digayakan dalam pertunjukan fesyen sulung.

“Bermula dengan rekaan, perincian, persiapan dan sebagainya, saya memang memberikan usaha 100 peratus. Saya memang teliti. Saya juga buat kajian mengenai filem Bollywood terbabit.

“Impak liputan media antarabangsa, saya mendapat jemputan dari negara Nepal, India, Laos dan Indonesia untuk berkolaborasi. Semuanya masih dalam perbincangan tetapi ia mendapat respons positif.

“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan dan mahu lebih menempa nama dalam bidang fesyen di dalam dan luar negara, Insya-Allah,” katanya lagi.

Padin