Sahur Kurma & Pisang, Alvin Chong Cuba Berpuasa!

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong berkongsi pengalaman bersahur kerana mahu cuba berpuasa pada hari pertama Ramadan, hari ini.

“Hai semua! Sekarang sudah jam 3.41 pagi, saya tak dapat tidur. Hari ini hari pertama Ramadan buat semua rakan beragama Islam.

“Oleh kerana tidak dapat tidur, saya nak cuba bersahur,” kata Alvin berkongsi pengalamannya di ruangan Instastory, awal pagi tadi.

Dia berkongsi hanya sekadar menikmati kurma, pisang, timun, yogurt dan kekacang sebagai menu sahur kerana tidak sempat membuat persiapan rapi.

Selain itu Alvin berkata mengikut perkongsian rakan-rakannya, selalunya sebelum mula berpuasa perlu ambil kurma ketika sahur.

“Jadi saya ambil tiga biji kurma. Kalau ada bertanya kenapa saya berpuasa, sebab saya ada ramai kawan beragama Islam yang berpuasa.

“Kalau ada antara kalian yang cuba nak berpuasa, kena makan sebelum azan pertama di waktu pagi (Subuh) dan hanya boleh berbuka puasa selepas solat Maghrib,” kongsi Alvin ceria.

Dia berharap dapat menunaikan puasa penuh bulan ini kerana gagal berbuat demikian tahun lalu.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida

Recent Posts