Saiz Badan Asyik Jadi Bualan, Apa Komen Mimi Lana?

Meskipun memiliki tubuh kecil molek, pelakon Mimi Lana sanggup menurunkan berat badan demi menjayakan watak dalam filem Pusaka

Wanita berusia 24 tahun ini juga mengaku tidak kisah dengan pandangan orang ramai yang sering mempersendakan bentuk tubuhnya yang kecil.

“Untuk nampak lebih cengkung dalam filem ini, saya sanggup mengamalkan diet ketat. Hasilnya saya turun 6 kilogram. Biar apa orang nak kata, saya tidak kisah asalkan saya tahu tubuh saya sihat dan tiada masalah.

“Kadang-kadang saya hairan juga dengan komen netizen yang terlebih prihatin dengan bentuk badan saya yang dikritik terlalu kurus. Jadi bentuk tubuh bagaimana yang mereka mahu lihat dan anggap sihat,” soalnya.

Tambah Mimi, dia berjaya menurunkan berat badan dari 49 kilogram ke 43 kilogram demi menjayakan watak sebagai seorang penagih dadah dalam filem bercorak seram itu. 

“Tapi jangan risau, berat badan saya sudah mencecah ke berat asal. Saya juga sedang berusaha mendapatkan berat badan ideal iaitu 55 kilogram,” akhiri Mimi.

Oleh: Fas

SGMS Faida