Categories: HiburanTrending

Sakit Hati Tengok Lakonan Jahat, Mak Cik Enggan Jual Kuih Kepada Pablo Amirul ?

Pelakon Pablo Amirul mendedahkan kisah pahit dirinya dibenci oleh netizen gara-gara kerap membawakan watak antogonis.

Pablo memaklumkan pernah melalui satu situasi seorang peniaga wanita yang tidak mahu menjual kuih kepadanya.

“Paling tidak dapat saya lupakan adalah kejadian di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, apabila ada seorang makcik tak mahu jual kuih kepada saya sebab terbawa-bawa perasaan benci terhadap watak lakonan,” ujarnya.

Akui terkejut dengan reaksi tersebut, Pablo menganggap dia telah berjaya melakonkan watak antagonis sehingga meninggalkan kesan kepada penonton.

Memetik laporan Berita Harian, Pablo atau nama sebenar, Amirul Hisyam Mohd Sakri turut membeli semua kuih jualan peniaga tersebut.

Saya kemudian meminta pembantu peribadi untuk ‘borong’ semua kuih jualannya sambil memberitahu pembeli kuih itu adalah orang yang dibenci.

“Saya ‘borong’ semua jualannya bukanlah kerana marah, sebaliknya, saya anggap lucu. Saya juga terharu kerana lakonan saya menjadi,” katanya.

Menepis tanggapan orang ramai terhadap dirinya yang kelihatan sombong dan berwajah ganas, pelakon Polis Evo itu memberitahu peribadinya di kaca televisyen dengan realiti adalah berbeza.

“Apa yang penonton lihat di TV sekadar lakonan. Muka saya nampak jahat hakikatnya, saya mudah mesra, suka bertanya khabar dan sentiasa tersenyum,” jelasnya lagi.

Sumber : BH

Syamir Shafie