Categories: HiburanTrending

Bakal Jalani Pembedahan Jantung & Mata, Ebby Yus Rehat Seketika Daripada Industri

Pelawak dan pelokon veteran Ebby Yus memberitahu perkembangan terkini kesihatannya.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid , dia perlu menjalani pembedahan memasukkan bateri bagi menyokong jantungnya lemah.

 

Memetik laporan Berita Harian, doktor melakukan ujian bagi memastikan keadaan jantungnya terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan pembedahan itu.

“Bulan depan, saya akan jalani pemeriksaan terakhir. Itulah yang dimaklumkan oleh doktor kepada saya.

“Mereka ingin pastikan terlebih dahulu keadaan jantung saya sebelum teruskan dengan pembedahan memasukkan bateri itu,” ujarnya.

Mengakui keadaan jantungnya menjejaskan aktiviti seharian, pelakon siri sitkom televisyen Simpang Tiga itu tidak lagi boleh melakukan kerja-kerja berat.

“Sekarang, keadaan jantung saya agak lemah. Kalau bergerak dengan laju atau melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga, memang saya sendiri dapat rasakan kesannya.

“Selain itu, cuaca sejuk pun akan memberi kesan juga kepada jantung saya. Satu lagi, kalau terlalu tertekan pun akan memberi kesan juga.

Malah, Ebby juga tidak menafikan pengambaran di luar (outdoor) juga menyebabkan dirinya cepat letih kerana memerlukan pergerakan lasak.

Selain itu, Ebby bakal menjalani pembedahan pembedahan membuang katarak dan selaput pada bahagian mata.

Ekoran masalah kesihatan, Ebby berehat seketika dari dunia lakonan.

Sumber : BH

Syamir Shafie