Categories: HiburanTrending

Anggap Diri Bukan Wanita Sempurna, Nabila Huda Kesal Tak Sempat Masak Untuk Keluarga

Aktres terkenal Nabila Huda meluahkan rasa sedih kerana sudah seminggu tidak berkesempatan memasak untuk keluarganya.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, dia kini mengalami kekangan masa akibat jadual kerja yang padat.

Abil berkongsi perkara itu di aplilasi X miliknya.

“Saya sedih tak dapat langsung nak masak untuk suami dan anak sebab sudah mula bekerja.

“Hampir seminggu saya sudah tak masuk ke dapur,” tulisnya.

Pelakon filem Munafik itu menyifatkan tindakannya itu sebagai satu kegagalan menjadi seorang isteri dan ibu kepada anaknya.

“Hancur berderai hati ini. Rasa gagal jadi perempuan…Done luahkan perasaan,” katanya.

Bagi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 28 itu, dia perlu sentiasa memberikan yang terbaik untuk keluarganya.


Netizen bagaimanapun dilihat memberikan komentar yang positif untuk memujuk hatinya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira kerana Abil dikurniakan anak dan suami yang memahami kerjaya sebagai seorang anak seni.

Syamir Shafie