Categories: SelebritiTrending

“Saya Bagitahu Nak Kenalkan Mereka” – Asyraf Khalid Kongsi Jadi ‘Matchmaker’ Nabila Razali & Nik Iruwan

Umum mengetahui bahawa penyanyi Nabila Razali telah sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan pada Sabtu lalu.

Susulan itu, usahawan Asyraf Khalid berkongsi bahawa dia merupakan individu yang memperkenalkan mereka antara satu sama lain pada sebuah majlis yang diadakan olehnya.

Kongsi Asyraf di media sosial, dia pada mulanya bertanyakan status Nik dan memaklumkan kini single dan mahu mencari calon isteri yang baik dan kenenkan sahabatnya itu dengan Nabila Razali.

Tanpa sangka, kurang daripada enam bulan memperkenalkan pasangan itu, akhirnya mereka telah menjadi pasangan suami isteri.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga gembira dengan perkahwinan pasangan tersebut dan sempat menyelit nasihat kepada Nabila dan Nik.

“Congratulations @nikiruwan & @nabila.razali on getting married. I pray that Allah will grant both of you happiness till Jannah.

“Being married is not easy, but with the right partner, everything is going to be worth it,” kata Asyraf.

Nabila dan Nik Iruwan berkahwin pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang.

Artikel Berkaitan: “I Said YES” – Kongsi Foto ‘Sweet’ Dilamar Nik Iruwan, Nabila Razali Bakal Tamat Zaman Bujang!

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Selamat Bergelar Isteri Nik Iruwan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia Memahami & Matang” – Kongsi Ciri Menarik Suami, Kerjaya Seni Nabila Razali Berjalan Seperti Biasa Selepas Kahwin

Atiqah Johari