Perjelas Salah Faham Kenyataan Ibu Mentua, Puteri Sarah Bakal Sambut Aidilfitri Di Kuala Lumpur

Pelakon Puteri Sarah Liyana mengesahkan dia dan anak-anak akan menyambut perayaan Aidilfitri Di Malaysia dan bukannya di luar negara seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Menurut Puteri Sarah, 37, kenyataan tersebut mungkin disalah erti kerana pada tahun lepas dia dan anak-anak menyambut perayaan di tanah suci.

“Tiada (beraya di luar negara). Mungkin ibu mentua saya maksudkan tahun lalu sebab saya beraya di Makkah.

“Saya akan beraya di sini,” katanya.

Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Terdahulu, ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menerusi hantaran di Instagram Story nya memaklumkan dia berasa sedih apabila menantu dan cucu kesyaanganyabakal menyambut syawal di luar negara.

Sekaligus menyifatkan tindakan individu yang menjadi punca hubungan menantu dan anaknya retak sebagai sangat kejam.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Depress, Saya Happy!”- Bak Pengantin, Puteri Sarah Liyana Tampil Berbusana Putih Hadir Kes Perceraian Bersama Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: “No Komen!” – Syamsul Yusof Pilih Kunci Mulut

Sementara itu, Puteri Sarah mengaku tidak sabar untuk dilepaskan daripada perkahwinan dengan suaminya, Syamsul Yusof kerana mahu meneruskan kehidupan dengan tenang.

“Saya berharap semoga kami selesaikan dengan baik dan dipermudahkan. Percepatkan kes dan tiada lagi pergaduhan atau tidak puas hati, saya mahu selesaikan semua hari ini.

“Saya tak sabar dan gembira. Saya nak ‘move on’, tolong doakan,” jelasnya.

Terdahulu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tiba di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pada jam 9.20 pagi.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah akan mendengar prosiding lafaz cerai yang dijadualkan di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada jam 11 pagi ini.

Difahamkan, pasangan ini juga perlu menghadiri sesi sulh yang dijadualkan jam 9.30 pagi sebelum ke prosiding kes cerai, dua jam kemudian.

Dalam kes ini, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais, sementara Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Salma Syahbuddin