Selepas jadi pelakon dan pengacara, nampaknya Che Ta bakal melangkah setapak lagi dalam industri hiburan. Isteri kepada pelakon Zain Saidin ini bakal masuk studio tak lama lagi. Wah…tak sabar ni nak dengar Che Ta menyanyi!

Lebih menarik lagi, single nyanyian Che Ta bakal mendapat sentuhan komposer hebat, Hazami.

Saya betul- betul nervous bila fikir nak menyanyi. Saya memang serius lebih-lebih lagi Hazami yang beriya mahu saya nyanyikan lagu ciptaan dia,” katanya yang tak pernah terfikir akan jadi penyanyi selama ini.

Tambahnya lagi, beberapa komposer seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain pernah menawarkan lagu sentuhan mereka.

Tapi mungkin saya belum bersedia ketika itu. Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi ketika itu,” katanya.

Menurut Che Ta, beliau sendiri berminat dengan karya ciptaan Hazami berjudul ‘Takdir’ yang dijadikan lagu tema drama Syurga Yang Kedua.

Ditanya mengenai genre kesukaannya, Che Ta tidak mempunyai pilihan tertentu namun merasakan irama Malaysia sesuai dengan jiwanya.

Good Luck Che Ta!

SGMS Faida