Categories: HiburanSelebriti

Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

Bapa kepada ahli perniagaan kosmetik terkenal Dato Seri Aliff Syukri menghembuskan nafas terakhir, petang tadi.

Menerusi laman Instagramnya, berita sedih itu disampaikan oleh setiausahanya, Muhd Iqbal Sani memaklumkan bapa kandung Aliff telah dijemput Illahi.

Difahamkan, Allahyarham tidak sihat selama dua minggu dan dikesan mengalami serangan jantung tahap tiga dan masalah paru-paru berair.

Terdahulu, Aliff memuatnaik meluahkan rasa sedih selepas melihat keadaan bapanya yang terlantar di hospital.

“ Abah kena kuat…saya tak puas berbakti pada abah…Syukri banyak dosa dengan abah,” tulisnya.

Rata-rata netizen juga terkejut dengan berita sedih itu dalam masa sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al- Fatihah…

SGMS Enal